TERMA & SYARAT
LANTERA TRAVEL
Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti terma dan syarat sebelum
bersetuju untuk melanggani pakej kembara kami. Sebaik sahaja anda membayar deposit bermakna
anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Lantera Travel dan dianggap telah membaca
dan bersetuju dengan semua syarat syarat dan terma yang di berikan.
PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL
Anda di kehendaki menyemak maklumat pakej yang ditempah sebelum membuat
bayaran deposit. Seperti harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik, waktu berlepas,
pakej yang dipilih termasuk penginapan, termasuk tiket penerbangan atau tidak dan lain-lain
maklumat yang berkenaan. Anda dianggap telah bersetuju dengan maklumat di dalam resit atau
surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko dan kos tambahan
pada pakej sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam
butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit surat pengesahan dikeluarkan.
PEMBAYARAN
Pihak Lantera Travel hanya menerima pembayaran melalui secara Tunai,
Online banking atau Cek. Pihak Lantera berhak untuk menolak tempahan pakej anda
sehingga cek / pembayaran online anda ditunaikan. Sebarang kelewatan dari pihak peserta
dalam membuat pembayaran booking adalah diluar tanggungjawab pihak Lantera.
BAYARAN DAN TEMPAHAN
Sebarang pembayaran perlulah dibuat terus ke akaun :
- Nama Akaun: LANTERA TRAVEL SDN BHD
- Nama Bank : CIMB
- Nombor Akaun : 8605306906
Pihak Lantera tidak akan sesekali meminta peserta untuk membuat
bayaran ke mana-mana akaun personal.Untuk butiran lanjut mengenai pembayaran deposit
peserta boleh melakukan semakan ke 'Deposit policy'.
INSURAN PERJALANAN
Para peserta disarankan untuk mengambil insuran perjalanan sendiri
sepanjang trip berlangsung.Pihak Lantera tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang
kecuaian dan kejadian tidak diingini berlaku.
FOTOGRAFI DAN VIDEO
Setiap perjalanan wakil dari team Lantera akan merakamkan perjalanan
trip/peserta dalam bentuk foto dan video. Wakil dari Lantera bebas untuk merakam momen
sepanjang trip sama ada menggunakan handphone ataupun kamera dslr. Foto dan video yang
dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi . Jika anda tidak selesa dengan perkara
tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat. Footage yang dirakam semasa
trip akan dikongsikan oleh wakil Lantera semasa trip ataupun selepas selesai trip tersebut
juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.
POLISI DEPOSIT
- Pembayaran deposit kurang dari 45 hari sebelum
tarikh
penerbangan
- Pembayaran deposit mesti dibuat dalam masa 24 jam selepas menerima 'quotation'
dari
team Lantera Travel.
- Peserta trip perlu membuat bayaran penuh selepas menerima invoice dari
Lantera Travel. Pihak Lantera berhak untuk membatalkan proses booking sekiranya
bayaran penuh tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
-
Jumlah bayaran deposit adalah seperti berikut :
Bayaran Deposit (Seorang) |
RM500 |
- Sebarang pembayaran deposit adalah 'non-refundable'
- Pembayaran deposit kurang dari 60
hari
sebelum tarikh penerbangan
- Pembayaran deposit mesti dibuat dalam masa 24 jam selepas menerima
'quotation' dari team Lantera Travel.
- Peserta trip perlu membuat bayaran penuh selepas menerima invoice dari Lantera Travel. Pihak Lantera berhak untuk membatalkan proses booking sekiranya bayaran penuh tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sebarang pembayaran deposit adalah 'non-refundable'.
- Pembayaran deposit lebih dari 60
hari
sebelum tarikh penerbangan
- Pembayaran deposit mesti dibuat dalam masa 24 jam selepas menerima 'quotation'
dari
team Lantera Travel.
- Peserta trip perlu membuat bayaran secara ansuran kepada pihak
Lantera Travel, tertakluk kepada cadangan yg diberikan oleh crew Lantera.
-
Pengiraan jumlah bayaran ansuran adalah seperti berikut :
Contoh Situasi:-
Tarikh booking : 10 Jan 2025
Bayaran deposit : RM500/person
Harga pakej : RM2,500
Tarikh akhir pembayaran : 05 May 2025 (60 hari sebelum
penerbangan)
Tarikh penerbangan : 10 July 2025
Bayaran ansuran =
RM500/bulan
Ansuran Bulanan |
Bulan |
Tarikh Pembayaran |
Jumlah Pembayaran/Bulan |
1 |
05 Feb 2025 |
RM 500 |
2 |
05 Mac 2025 |
RM 500 |
3 | 05 April 2025 | RM 500 |
4 | 05 May 2025 | RM 500 |
- Pihak Lantera berhak untuk membatalkan booking sekiranya bayaran penuh tidak
dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sebarang pembayaran deposit adalah 'non-refundable'.
Ringkasan Pembayaran
Ringkasan Butiran Pembayaran |
Jumlah Hari sebelum penerbangan |
< 45 hari |
< 60 hari |
> 60 hari |
Deposit Permulaan/seorang |
RM0 |
RM500 |
RM500 |
Ansuran Bulanan |
- |
- |
Jumlah tertunggak bahagi baki bulanan |
Pembayaran Akhir |
24 jam selepas booking dibuat |
Tidak kurang dari 60 hari sebelum penerbangan |
Tidak kurang dari 60 hari sebelum penerbangan |
*Jumlah tertunggak : Harga pakej
penuh - deposit
|
Dasar Pembatalan- Sebarang pembatalan oleh peserta dan jumlah bayaran yang dipulangkan oleh pihak
Lantera Travel adalah seperti berikut:
Jumlah Hari sebelum penerbangan |
< 60 hari |
> 90 hari |
> 90 hari |
Initial deposit refund |
Non-refundable |
Non-refundable |
Non-refundable |
Subsequent
payment refund
|
0% |
50% |
75% |
-
Jumlah 'refund' akan dikembalikan ke akaun peserta dalam masa 21 hari berkerja selepas permohonan pembatalan trip diterima.
Contoh:- Jika peserta trip sudah membuat bayaran sebanyak RM2000 dan membuat pembatalan trip 90 hari sebelum penerbangan, jumlah duit yang akan dikembalikan ialah RM1,125 (75% dari jumlah ansuran yang telah dibayar).
3. Tiada pemulangan Deposit jika peserta mahu membatalkan pakej yang telak diambil namun peserta akan diberi pilihan berikut:-
- Menukar tarikh pakej (1 kali sahaja), penukaran seterusnya akan dikenakan caj penalti RM200
- Mencari pengganti
POLISI LAWATAN
1. Pihak Lantera Travel tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian ketika trip sedang berlangsung. Sebarang risiko adalah atas tanggungan sendiri.
2. Segala yang tertera dalam 'Quotation' telah dipersetujui oleh peserta jika bayaran deposit telah dibuat.
3. Sebarang penukaran atau pernambahan ketika trip berlangsung haruslan mendapat persetujuan dari Lantera Travel.
4. Sebarang aktiviti luar semasa trip sedang berlangsung adalah atas tanggungan sendiri.
5. Sekiranya peserta didapati positif covid/influenza/penyakit berjangkit/kemalangan/masalah kesihatan lain yang tidak membenarkan peserta turut serta dalam trip, akan tertakluk di bawah polisi pembatalan.
6. Peserta digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan bagi tujuan melindungi peserta sekiranya berlaku perkara yang tdak diingini.